Sunday, January 12, 2014

#Memento 3

Terpanggil pulak nak respon pasal ada satu artikel ni dalam suratkhabar hari ni. Bro T ni tulis pasal perempuan yang suka sangat bersungut sebab jiwa dia tak tenteram. Suka sangat komen tak tentu fasal dan bersungut tak kena tempat.

Satu je yang terlintas dalam pale ni, sah lah dia ni tak ramai bergaul dengan perempuan. Ataupun mungkin nasib dia malang sebab dikelilingi dengan perempuan2 macam ni dalam hidup ni.

Pada hakikatnya, zaman dah berubah. Dan sememangnya kita sudah maklum Dia ciptakan wanita 99 nafsu dan 1 akal. Yang lelaki pulak, 1 nafsu dan 99 akal. Dan 99 akal ni jugaklah yang kalah dengan 1 je nafsu. Kita bukan nak gado siapa lagi hebat. Dia dah ciptakan setiap makhluknya dengan sangat terperinci.

Cumanya, artikel bro ni telah mengimbau kenangan lalu... Hehe... Masa belajar diploma, tak jumpa lagi spesis laki yang mulut bila bercakap tak ingat akhirat. Tapi ada sorang ni nama dia Celupar sebab mulut dia lah ni.

Then masa buat degree, salah satu sebab utama saya sangat tidak gembira ketika itu adalah kerana kelompok pelajar lelaki ni. Saya sangat tidak suka berkawan dengan mereka dan agaknyalah kan... masa tu sangatlah jelas dan nyata yang saya tak suka mereka. Bila diaorg ajak lepak, saya cakap sorry, malas. Bila ajak tengok wayang, malas! Bila ajak gi sewa kereta dan travel Europe, saya kata, malas. Tak berminat. Bila mereka buat makan-makan, saya jelah yang boikot majlis mereka. Maka dengan itu, saya kena label - perempuan gatal asyik berkepit dengan sorang lelaki ni je...(ye, saya tak ramai kawan perempuan kerana mereka suka lepak dengan lelaki yang dikatakan happening dan peramah ini). Tapi, saya buat semua benda yang saya tak buat dengan mereka itu dengan 6 kawan lelaki yang saya dah kenal dari diploma. Walaupun mereka digelar gagak hitam - dahla tak hensem dan tak kaya...tapi hati baik.

Then masa saya first kenal dunia kerjaya, mungkin kerana faktor lokasi, maka ramai lelaki pantai timur menjadi rakan... saya tak label semua lelaki cik siti wan kembang begitu, tetapi yang saya jumpa ni lah, adoi! mulut! sampai saya bergaduh dengan my ex bf sebab dia sangat percaya dengan fitnah rakan2 senegeri tanpa perlu bukti langsung!

Sekarang saya dah tenang kerja... tapi biasalah dan tidak hairanlah kalau dalam seharian ku bekerja di negeri berdaulat ni, masih ada MCP yang berkeliaran... hanya kerana mereka yakin 99 akal itu yang menguasai 1 nafsu mereka.

Kesimpulannya, pilihlah rakan pergaulan anda tetapi jangan pula sekali-kali mencari musuh!

Saturday, January 11, 2014

#Memento 2

Ok, nak berbahasa Melayu sepenuhnya. I will try my best. Eh, sorry. Eh, maaf.

Understanding your big boss. Itu tajuk dalam kepala. Tapikan... secara sejujurnya, saya tidak berminat untuk berada dalam posisi di mana saya perlu berurusan secara langsung dengan ketua segala ketua kita. Siapa yang suka? Oh ya, ada. Yang suka meng'air-cond' boss tu memang suka lah kan.

Mesyuarat dan mesyuarat dan mesyuarat membuatkan saya perlu banyak berinteraksi dengan beliau. Bila dia angkat kening kepada saya, saya faham maknanya dia mahu saya bersuara atau memberi respon kepada perkara yang dibincangkan. Ya, saya sangat tidak suka bersuara dalam mesyuarat. Penat. Dan saya faham bila dia senyum sinis kepada saya di hadapan pihak ke tiga yang membawa maksud, "Sila uruskan masalah ini".  Saya kenal ketua saya.

Tapi saya tak gemar. Bukan benci. Tapi kurang gemar. Lagi-lagi bila diakhir perbincangan pagi itu yang berlangsung selama satu setengah jam tu, saya perlu berkata, 'Tuan, saya tak boleh berperasaan macam yang Tuan sebut tadi, saya perlu bersikap professional". Agak-agaklah, perbualan tu menggambarkan apa tentang ketua saya?

Atau saya? Dan saya sangatlah berharap agar hari Isnin ini tidak membawa khabar duka lagi... Tapi macam yang ketua saya emelkan kepada saya pada hari Jumaat lepas, dia sudah memberikan gambaran yang dia tidak suka situasi sedemikian di bawah jajahannya... Oh, tidak! Saya ada tugas yang baru!Lagi?










Wednesday, January 1, 2014

01.01.2014

My new blogging experience begins. I guess after reading my nephew's collection of The Diary of Whimpy Kid, I'm attracted to create this kind of blog. My thoughts, feelings, beliefs and all the life journey will be recorded here.

Hoping for a more positive year ahead...


Momento #1
I am a person who utters lesser words than others. On rare occasion, I'd turn into a chatty lady . When I refrain myself from saying things that might hurt others, I choose to remain silent. Yet, my act is always mistaken as 'dia tengah hangin'. Even your closest ones may not understand you. Not even your own family... But come to think of it, who's fault is it? The answer is always...myself. I made the choice with my own consent.

I have changed to a more positive person for the past couple of years. I have grown more patient in dealing with people, I have taught myself to fit into others' shoes, I have learned to value the importance of teamwork, I have more faith in Allah's magic - 'Kun fayakun' and to commit myself in the 'Redha' and 'Ikhlas' concepts. Lillahi ta'aala. I am still learning. I have lots more to learn.

Still, I am mistaken, perhaps will always be mistaken as 'Dia dan anginnya'... And I seek for Allah's refugee from this misconception and I need to strive more in the future for His Blessings... Ameen....