Sunday, January 12, 2014

#Memento 3

Terpanggil pulak nak respon pasal ada satu artikel ni dalam suratkhabar hari ni. Bro T ni tulis pasal perempuan yang suka sangat bersungut sebab jiwa dia tak tenteram. Suka sangat komen tak tentu fasal dan bersungut tak kena tempat.

Satu je yang terlintas dalam pale ni, sah lah dia ni tak ramai bergaul dengan perempuan. Ataupun mungkin nasib dia malang sebab dikelilingi dengan perempuan2 macam ni dalam hidup ni.

Pada hakikatnya, zaman dah berubah. Dan sememangnya kita sudah maklum Dia ciptakan wanita 99 nafsu dan 1 akal. Yang lelaki pulak, 1 nafsu dan 99 akal. Dan 99 akal ni jugaklah yang kalah dengan 1 je nafsu. Kita bukan nak gado siapa lagi hebat. Dia dah ciptakan setiap makhluknya dengan sangat terperinci.

Cumanya, artikel bro ni telah mengimbau kenangan lalu... Hehe... Masa belajar diploma, tak jumpa lagi spesis laki yang mulut bila bercakap tak ingat akhirat. Tapi ada sorang ni nama dia Celupar sebab mulut dia lah ni.

Then masa buat degree, salah satu sebab utama saya sangat tidak gembira ketika itu adalah kerana kelompok pelajar lelaki ni. Saya sangat tidak suka berkawan dengan mereka dan agaknyalah kan... masa tu sangatlah jelas dan nyata yang saya tak suka mereka. Bila diaorg ajak lepak, saya cakap sorry, malas. Bila ajak tengok wayang, malas! Bila ajak gi sewa kereta dan travel Europe, saya kata, malas. Tak berminat. Bila mereka buat makan-makan, saya jelah yang boikot majlis mereka. Maka dengan itu, saya kena label - perempuan gatal asyik berkepit dengan sorang lelaki ni je...(ye, saya tak ramai kawan perempuan kerana mereka suka lepak dengan lelaki yang dikatakan happening dan peramah ini). Tapi, saya buat semua benda yang saya tak buat dengan mereka itu dengan 6 kawan lelaki yang saya dah kenal dari diploma. Walaupun mereka digelar gagak hitam - dahla tak hensem dan tak kaya...tapi hati baik.

Then masa saya first kenal dunia kerjaya, mungkin kerana faktor lokasi, maka ramai lelaki pantai timur menjadi rakan... saya tak label semua lelaki cik siti wan kembang begitu, tetapi yang saya jumpa ni lah, adoi! mulut! sampai saya bergaduh dengan my ex bf sebab dia sangat percaya dengan fitnah rakan2 senegeri tanpa perlu bukti langsung!

Sekarang saya dah tenang kerja... tapi biasalah dan tidak hairanlah kalau dalam seharian ku bekerja di negeri berdaulat ni, masih ada MCP yang berkeliaran... hanya kerana mereka yakin 99 akal itu yang menguasai 1 nafsu mereka.

Kesimpulannya, pilihlah rakan pergaulan anda tetapi jangan pula sekali-kali mencari musuh!

No comments:

Post a Comment