![]() |
Mesyuarat dan mesyuarat dan mesyuarat membuatkan saya perlu banyak berinteraksi dengan beliau. Bila dia angkat kening kepada saya, saya faham maknanya dia mahu saya bersuara atau memberi respon kepada perkara yang dibincangkan. Ya, saya sangat tidak suka bersuara dalam mesyuarat. Penat. Dan saya faham bila dia senyum sinis kepada saya di hadapan pihak ke tiga yang membawa maksud, "Sila uruskan masalah ini". Saya kenal ketua saya.
Tapi saya tak gemar. Bukan benci. Tapi kurang gemar. Lagi-lagi bila diakhir perbincangan pagi itu yang berlangsung selama satu setengah jam tu, saya perlu berkata, 'Tuan, saya tak boleh berperasaan macam yang Tuan sebut tadi, saya perlu bersikap professional". Agak-agaklah, perbualan tu menggambarkan apa tentang ketua saya?
Atau saya? Dan saya sangatlah berharap agar hari Isnin ini tidak membawa khabar duka lagi... Tapi macam yang ketua saya emelkan kepada saya pada hari Jumaat lepas, dia sudah memberikan gambaran yang dia tidak suka situasi sedemikian di bawah jajahannya... Oh, tidak! Saya ada tugas yang baru!Lagi?

No comments:
Post a Comment